Isnin, 19 Oktober 2015

CERPEN - TASIK HEMPEDU





  Memang betul kata pujangga. Akan ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku, tetapi setelah kita redha dengan apa yang berlaku itu. Kadang-kala apabila, ego menguasai akal, apabila nafsu mengatasi iman, apa yang benar dilihat dusta semata. 
  
  * * * * 
  
  “ Nad ! Kau nak ikut balik tak ? Ibu ajak balik.” Umair bertanya kepada gadis yang dipanggil Nad sambil membelek iPhonenya.
  
  “Nak! Gila tak nak. Pucuk dicita, ulam mendatang. Aku follow kau dari belakang la nanti”, balas Nur Iman Nadina atau lebih mesra dipanggil Nad oleh Umair.
  
  “Okeylah, aku balik dulu kay. Kau jaga diri elok-elok tau. Jangan buat kepala gila kau sangat. Umair, jaga Iman elok-elok. Bye! Assalamualaikum”, ujar Sakinah yang merupakan sahabat mereka sejak sekolah menengah.
  
  Rakan-rakan Nadina yang lain memanggilnya dengan nama Iman. Tetapi, hanya Umair dan keluarga yang memanggil Nadina dengan nama Nadina. Kata Umair, dia nak jadi yang istimewa.
  
  Sakinah, Nadina dan Umair adalah sahabat baik sejak sekolah. Walaupun kini, masing-masing punyai kerjaya masing tetapi mereka tetap saling berhubung. Andai ada masa lapang, mereka akan berkumpul bersama.
  
  Umair kini bekerja sebagai jurutera seperti yang diimpikan sejak zaman sekolah lagi. Manakala, Nadina berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang ahli farmasi sama seperti Sakinah.
  
  “Dah jom. Ibu bising nanti balik lambat. Katanya anak dara tak elok balik maghrib-maghrib,” Umair sudah membebel. Andai umair yang membebel boleh menanah telinga anda. 
  
  “Eh, kau anak dara ke? Sejak bila kau bertukar jantina? Risau betul ibu dengan anak......... bongsu dia yang sorang ni. By the way, kau dengan Amira macam mana. Lama tak dengar cerita.” suara Nadina yang pada awalnya sepeti nak menyakat tiba-tiba mengedur.
  
  “Ibu risaukan kau la bijak! Kau kan anak kesayangan ibu, sampaikan aku ni disisihkan”, Umair buat-buat tak dengan persoalan sahabatnya yang akhir itu.
  
  Amira, Nurul Khairul Amira, kekasih hati Umair sejak dia di German lagi. Tetapi, kebelakangan ini, Amira sering-kali buat hal sehinggakan dia malas hendak ambil tahu tentang gadis kecil molek itu. 
  
  Suasana sunyi menyelubungi mereka berdua. Masing-masing mendiamkan diri. Akal fikiran keduanya terbang memikirkan orang yang sama. Amira. Baru sebentar tadi, Nadina terlihat gadis itu sedang berpeluk mesra dengan seorang lelaki yang boleh tahan kacaknya di sebuah kedai di mall itu. Sengaja didiamkan, tak nak hati sahabatnya terluka.
  
  “Ermm, Nad, malam ni kau teman ibu tau. Kita singgah rumah kau, kau ambil barang, tinggalkan kereta. Ayah pergi outstation dengan abang. Aku nak kena pergi Perak seminggu,” hanya anggukan Nad balaskan kenyataan Umair itu.
  
  Selalu aje, Nadina menemani Puan Laila, ibu Umair yang dipanggil ibu juga apabila semua ahli keluarga Umair sibuk dengan urusan masing-masing. Kerjaya Nadina sebagai ahli farmasi yang tidak terlalu sibuk memudahkan dia menjadi peneman setia ibu. Sehinggakan ada yang berkata dia anak perempuan ibu dan ibu hanya mengiakan.
  
  * * * *
  “Cantiknya anak ibu hari ni. “ ibu yang melintasi bilik tetamu yang sudah seperti biliknya sendiri menegur.
  
  “Terima kasih ibu. Ni yang buat Nad sayang lebih kat ibu ni,” satu kucupan diberikan kepada Puan Laila, lantas dipeluk anak gadis itu.
  
  Bagi Puan Laila,Nur Iman Nadina adalah satu-satunya anak perempuannya. Sejak pertama kali berjumpa hatinya sudah jatuh sayang pada gadis itu. Ditambah lagi dengan kisah sedih gadis itu,menambah rasa kasihnya terhadap gadis malang itu.
  
  Nadina, seorang gadis yang sangat periang dan mudah didekati. Walaupun luaran nampak dia sering sahaja mengukir senyuman yang mampu mencair hati namun hatinya selalu bersedih dan menangis sendiri pada malam hari. Iman Nadina tak pernah menunjukkan kesedihannya pada orang lain. Tidak pernah menagih simpati dengan atas apa yang berlaku ke atas dirinya.
  
  Dia tidak mempunyai susuk tubuh seperti model dan wajah tidaklah secantik miss universe tetapi sikapnya, peribadinya dan senyumannya yang menyenangkan orang yang disekelilingnya.
  
  Nur Iman Nadina adalah anak tunggal. Kedua-dua ibu bapanya telah berpisah sejak dia berumur 8tahun lagi. Sejak perpisahan itu, dia dijaga oleh orang gaji rumahnya. Hal ini kerana, mamanya menyibukkan diri kerana ingin melupakan apa yang berlaku antara mamanya dan papanya.
  
  “Ini yang membuat adik jealous ni,” Umair menyergah ketika fikiran kedua wanita itu melayang entah kemana.
  
  “Hish.. Adik ni, balik-balik terus menyergah orang. Tak beri salam ?” ibu menyambut kepulangan anak bujangnya yang sorang itu.
  
  “Punyalah kita berlagu-lagu bagi salam kat depan macam buat konsert nasyid, dia tak dengar. Ayah dengan abang tak balik lagi ibu ?” dah mulalah perangai mak nenek Umair sorang ni.
  
  “Kejap lagi sampailah kut. Dah la pergi mandi sana, busuk. Malu aje dengan Nad,” Nadina hanya menyengih apabila namanya disebut dalam perbualan dua beranak itu.
  
  Bapa Umair, Encik Haris seorang ahli perniagaan yang mengendalikan perniagaan hartanah dan dibantu oleh abang Umair. Umair kurang berminat dalam bidang perniagaan dan lebih berminat dalam bidang kejuruteraan. Nadina sudah menganggap Encik Haris seperti bapanya sendiri, begitu jugak sebaliknya.
  
  “Nad, tolong kejut si Umair ni. Ajak makan, ibu ke kedai sekejap, nak beli barang,”jerit Puan laila dari depan pintu rumah.
  
  “Baik ibu!” Nadina menjawab.
  
  Puan laila meninggalkan mereka. Dia tak pernah risau apabila Nadina tinggal berdua dengan anak bongsunya. Kerana dia tahu, Nadina perempuan yang baik dan tak akan melakukan perkara yang tidak senonoh.
  
  “Mair !! Bangunlah. Liatnya dia nak bangun ni.. Umair bangun. MUHAMMAD UMAIR BIN HARIS, BANGUNNNNN! Tahulah penat, bangunlah makan, nanti gastric,” sikap mak nenek Umair sudah turun kepada Nadina.
  
  “Eh! Eh! Apa ni Mair. Jangan buat aku macam ni,” tiba-tiba Umair menarik Nadina ke dalam pelukannya.
  
  Makin ditolak, makin kuat pelukan Umair pada Nadina. Nadina sudah berdoa dalam hati supaya ada seseorang datang menyelamatkan dia. Keadaan itu amat tidak selesa.
  
  “Jangan buat aku macam ni, Umair. Please!”Nadina cuba meloloskan diri tetapi tidak berjaya.
  
  “MUHAMMAD UMAIR HARIS !!!!!” jeritan 7juta megawatt Puan Laila kedengaran.
  
  Lantas, Umair terus terbangun. Nadina terus memeluk Puan Laila, dia malu dengan dirinya. Kebetulan, Encik Haris pulang dari lawatan kerjanya dan menyaksikan kejadian itu. Anak sulungnya, Nadzmi, abang Umair pulang ke rumahnya sendiri.
  
  * * * *
  “Aku terima nikahnya, Nur Iman Nadina Nordin dengan mas kahwin seratus ringgit dan senaskah al-Quran, tunai....”
  
  “Sah... Sah... Sah..”
  
  Seminggu selepas kejadian itu, Umair dan Nadina dinikahkan dengan berwalikan bapa Nadina sendiri. Kejadian itu bukanlah salah sesiapa dan mungkin itu suratan takdir. Mereka semua tidak dapat menolak.
  
  “I’ll never accept you as my wife. Never! Aku tau kau yang perangkap aku. Aku akan pastikan hidup kau terseksa,” itulah ucapan Umair ketika upacara pembatalan air sembahyang.
  
  Umair tidak dapat menerima perkahwinan itu kerana baginya itu adalah perangkap Nadina sendiri. Dia dan keluarga terperangkap dengan perangkap perempuan itu. Tambahan pula, dia terpaksa memutuskan hubungannya dengan Amira, kekasih hatinya atas desakan ibu.
  
  * * * *
  
  Seminggu sebelum....
  
  “What is happen ?” terpinga-pinga Umair di atas sofa tempat tidurnya sebentar tadi.
  
  Melihat ibunya yang sudah menyinga seperti singa yang sebulan tak makan. Bapanya hanya menggeleng kesal. Dan Nadina yang menangis dalam pelukan ibunya. Semua itu membuat dia bertambah keliru.
  
  “Ibu nak kamu berdua kahwin. Keputusan ibu muktamad !” Puan Laila membuat kata putus.
  
  “Whats?! But why ibu?” Umair yang masih belum faham dengan situasi yang sedang berlaku.
  
  “Tadi, ibu tinggalkan kamu berdua di rumah. Ibu suruh Nad tolong kejutkan kamu makan. Bila ibu balik sebab phone ibu tertinggal, ibu nampak kamu.....peluk Nad” jelas ibu dengan panjang lebar sambil mengusap bahu Nadina.
  
  “WHATS?! NO! No ibu. Ini semua perangkap dia, adik terperangkap. Macam mana Amira nanti?” sepantas kilat Umair menolak usul yang diketengahkan oleh ibu kesayangannya.
  
  “Ermmmm... Ibu, tak apa lah ibu. Ini bukan salah Mair pun, ini salah Nad sendiri, cuai. Jangan paksa dia ibu. Betul kata Umair, lagipun diakan dah ada Amira.” sambil mengusap belakang Puan Laila, Nadina cuba memujuk.
  
  “Ayah....” Umair cuba mendapat sokongan daripada bapanya yang sedari tadi mendiamkan diri.
  
  “Ayah rasa better kamu kahwini Nadina. Mungkin ini suratan takdir, jodoh kamu dengan dia. Apa salahnya, Nadina bijak , manis pula orangnya,”kata Encik Haris lalu merapati anak bongsunya untuk memujuk.
  
  “See, ayah pun setuju! I want you to marry Nur Iman Nadina, Muhammad Umair! This for our sake, please. And leave Amira,” kata ibu yang pada mula menyinga semakin kendur.
  
  Apabila ibu merayu sebegitu, sebagai anak, nak tak nak Umair terpaksa turuti. Dia hanya mampu mengangguk , setuju dengan cadangan ibunya. Namun begitu di dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu sumpah seranah yang dia berikan kepada perempuan yang bernama Nur Iman Nadina.
  
  And for the rest of history.....
  
  * * * *
  
  Seminggu selepas perkahwinan Umair dan Nadina, Umair mengambil keputusan untuk duduk di rumah sendiri. Dia tinggal di rumah yang di hadiahkan oleh ibu dan ayahnya sempena perkahwinannya.
  
  Dan sejak perkahwinan itu, hubungan antara dua sahabat itu menjadi amat pahit, sepahit hempedu. Umair seolah memberontak dengan perkahwinannya. Walaupun begitu, Nadina tetap tersenyum menyambut kepulangan dingin Umair, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Umair.
  
  Umair melayan Nadina persis seorang pembantu rumah. Salah sedikit, ditengking sesuka hati seolah wanita itu tiada hati dan perasaan
  
  “Aku nak outstation esok. Kau balik ke rumah ibu” arah Umair kepada isterinya yang tak pernah dianggap isteri.
  
  “Berapa hari abang nak pergi?”
  
  “Seminggu.”
  
  “Baiklah, bang. Nanti Nad kemas beg baju abang”
  
  Perbualan antara sepasang suami isteri itu hampir tiada. Cuma ketika Umair memberi arahan dan perkara penting sahaja mereka akan bercakap. Jika tidak, hanya iringan bunyi cengkerik dan katak sahaja yang membisingkan rumah itu. 
  
  Setiap kali Umair mempunyai urusan kerja di luar kawasan, Nadina akan diarahkan ke rumah ibu mentuannya. Mungkin, Umair takut Nadina akan terkaku sendiri ketika ribut hujan. Nadina pada luaran nampak gagah tetapi dia seorang yang takutkan guruh dan seangkatan dengannya.
  
  “Assalamualaikum. Ibu sihat?” Nadina sering melawat ibu mentuanya ketika masa lapangnya atau ketika Umair terpaksa outstation.
  
  “Eh, anak ibu balik. Waalaikumusalam. Alhamdulillah, ibu sihat aje tambah-tambah dapat jumpa anak perempuan kesayangan ibu ni,” Ibu menjawab mesra.
  
  “Abang Mair outstation seminggu, seperti biasa dia suruh Nad balik.” Sejak perkahwinannya dengan Umair, Nadina menukar panggilan Umair kepada Abang.
  
  “Sayang jugak Umair pada Nad.” hanya senyuman Nadina mampu balas kata-kata ibu mentuanya itu.
  
  “Umair layan Nad okey tak?”
  
  “Okey ibu. Hidup lagi anak ibu ni. Tak ada cacat cela pun.”
  
  Puan Laila tahu yang Nadina cuba lindungi suaminya. Dia tahu bahawa Umair masih tidak dapat menerima perkahwinannya dengan Nadina. Hampir 6bulan perkara itu berlaku. Sebagai ibu dia hanya mampu menasihati dan mendoakan kesejahteraan rumahtangga anaknya.
  
  * * * *
  
  “Abang masih berhubung dengan Amira?”
  
  “Sukahati akulah nak berhubung dengan siapa pun. Hak aku!”keras dan dingin.
  
  Nadina ternampak suaminya berdua bermesra dengan kekasih lamanya, Amira. Dia menjadi sakit hati tetapi, dia hanya mampu mendiamkan diri. Dia sedar kedudukan dia disisi Umair. Pandangan Umair padanya.
  
  “Aku tak nak kau jumpa suami aku lagi. Tolong. Aku merayu pada kau. Jangan kacau rumahtangga kami” Nadina keras bersuara.
  
  “Kalau setakat ini aje kau nak cakap lebih baik tak payah kita jumpa. Kisah pulak aku dengan rumahtangga kau. Umair tu, hak aku. Kau yang rampas dia daripada aku!” sambil membelek iPhonenya, Amira berkata selamba dengan muka yang amat menyakitkan hati.
  
  “Tapi kini dia suami aku. Kau kena tahu tu!” Nadina berkata tegas.
  
  “So what? Bye!” kata Amira lalu menyiram strawberry ice blended ke atas kepala Nadina.
  
  Nadina hanya mampu diam dan menunduk. Orang sekeliling tengok apa yang berlaku tadi. Dia malu. Dia sakit hati. Dalam hatinnya dia, hanya tuhan yang tahu, betapa luluhnya hatinya mengenang sikap Amira.
  
  Sebelum balik ke rumah, nadina singgah sebentar di tasik yang dulu sering dia dan Umair datang melepak, berkongsi cerita, melepas tekanan bersama yang mana seperti dunia ini mereka punya. Tasik Hempedu mereka berdua panggil tapi sebenarnya nama tasik tu lain. Sesuka hati mereka berdua aje meletak nama itu.
  
  Mereka panggil tasik itu Tasik Hempedu sebab warna air tasik itu hijau pekat, seperti cecair hempedu. Tapi rasanya tasik itu tidak lah pahit, sepahit hempedu. Mungkin cerita dia sepahit hempedu. Entah bila, Umair akan terima dia sebagai isteri.
  
  “Apa yang kau buat dengan Amira,betina?” baru nak beri salam, Nadina dah diterjah dengan soalan yang mampu mengguris hati perempuannya.
  
  “Nad cuma mempertahankan hak Nad sebagai isteri abang.” lembut tapi tegas bicara Nadina.
  
  “Kau tak ada hak sebagai isteri aku. Kau tak layak jadi isteri aku. Yang layak jadi isteri aku cuma Amira. AMIRA AJE YANG LAYAK JADI ISTERI AKU! BUKAN KAU BETINA!” meledak kemarahan seorang Umair.
  
  “Nad isteri abang. Sejak abang lafaz akad nikah, Nad tanam dalam diri Nad. Abang suami Nad. Abang raja Nad. Selagi abang tak lafaz talak, Nad masih isteri abang yang sah. Nad tak kisah abang tak sentuh nad. Nad tak kisah abang nak sisihkan Nad walaupun ini semua bukan salah Nad. Tapi Nad kisah kalau abang buat maksiat dengan Amira. Amira cuma kekasih abang. Nad, Nur Iman Nadina Nordin yang abang terima nikah, Nad isteri abang.” nadina cuba lagi mempertahankan haknya sebagai isteri. 
  
  “Jadi kau nak aku layan kau macam tak ada apa-apa jadi? Kau nak aku layan kau. Kau nak sangat kan? Meh sini!” apabila ego seorang lelaki dicabar.
  
  “Abang. Please abang. Not like this...” Nadina cuba memujuk tetapi semuanya tidak dapat diberhentikan.
  
  Nadina terus ditarik menuju ke bilik Umair. Sepanjang perkahwinan dia, mereka tidak pernah tidur sekali, biar pun ketika ibu berkunjung ke rumah. Hanya ketika, setiap malam selepas Umair tidur, Nadina datang disebelah Umair, tidur di sisi suaminya.
  
  Malam itu, Umair membuat Nadina tak ubah seperti boneka. Nadina hanya mampu merelakan apa yang diperlakukan oleh suaminya terhadap dirinya. Ini semua salah dirinya yang mecabar ego lelaki itu. Dia terima walaupun terpaksa. 
  
  Esoknya, jam 4 pagi, Nadina tersedar dari lena. Terimbau kembali apa yang berlaku malam tadi membuat dirinya rasa kerdil disisi suami sendiri. Melihat, Umair yang tidur seperti bayi,memeluknya. Umair, tidur mesti ada sesuatu yang boleh dipeluk, itulah menjadi punca mereka ke gerbang perkahwinan yang sepahit hempedu itu.
  
  Nadina menolak perlahan tangan sasa suaminya dan mengantikan dirinya dengan sebuah bantal. Takut Umair terjaga. Pantas dia mengutip pakaiannya yang berselerakan di tepi katil. Dia ke biliknya disebelah. Dia mandi dan mengemas pakaiannya.
  
  Bagi Nadina biarlah dia mengundur diri. Andai itu yang terbaik, dia terima seadanya. Umair, sampai kapan pun tak akan terimanya sebagai isteri. Dia meninggalkan nota buat suaminya yang amat dicintai sejak zaman sekolah lagi. Dan sepucuk lagi surat buat keluarga mentuanya yang bagitu baik terhadapnya sejak pertemuan pertama lagi.
  
  * * * *
  
  “Kinah, aku tumpang sekejap kat rumah kau. Sekejap aje. Nanti aku dah stabil, aku duduk rumah sewa.” awal pagi Nadina sudah tercegat dihadapan rumahnya sewanya.
  
  “Kau duduklah sini. Berapa lama yang kau mahu. Tapi kau kena tahu kau bukan bujang sekarang. Kau dah ada suami,”Sakinah memujuk.
  
  “Suami yang tak pernah menganggap aku sebagai isterinya.....” Sakinah yang sedia maklum dengan kisah dua sahabatnya itu hanya mendengar apa yang diceritakan oleh Nadina.
  
  Sepanjang keberadaan Nadina di rumah Sakinah, di Melaka, dia banyak mendiamkan diri. Kesihatannya semakin hari semakin menyusut. Sakinah memberi Nadina ruang untuk bertenang setelah apa yang berlaku. Di samping itu dia cuba memberikan semangat kepada sahabatnya yang seorang itu.
  
  “Aku tengok, sekarang kau makin malas kan? Tidur sampai tengahari. Kau tak sihat ke?” Sakinah cuba bergurau. Mengambil berat.
  
  “Kau tak suka ke? Tak suka aku duduk rumah kau? Tak apalah aku ambil pakaian aku, aku keluar ye.”
  
  “Bukan. Bukan itu maksud aku Iman. Kau duduk lah kat sini. Berapa lama pun kau suka. Tapi, kau dulu tak macam ni.. I want my old Iman. Iman yang sentiasa bersemangat, yang sentiasa ceria...”
  
  * * * *
  
  Sementara di Kuala Lumpur....
  
  “Kat mana lagi kita nak cari dia ibu? Tolong Mair ibu... I just realise,, that I can’t live without her..” menggogoi Umair menangis dipangkuan ibunya.
  
  “In sha Allah.. Nanti kita akan jumpa dia. For now, you have to move on. Teruskan hidup. Kalau Nad ada mesti dia tak nak suami dia macam ni kan? Macam tarzan dah. Dengan tak shave. Serabai.”Puan Laila cuba bergurau memujuk anaknya yang sorang ini.
  
  “Ini semua salah Umair. Kalau Umair tak buat pada dia macam tu, mesti dia tak larikan..” Umair menyalahkan diri sendiri.
  
  Puan Laila, tahu semuanya apa yang berlaku termasuklah kejadian malam itu. Dia tak menyalahkan anaknya mahupun menantunya. Umair, anaknya yang dulu sentiasa tersenyum yang banyak bercakap, kini menjadi seperti orang asing. Banyak mendiamkan diri. Lepas balik kerja, mesti dia akan ke Tasik Hempedu.
  
 ‘ Kehadapan suamiku yang tercinta. Nadina mohon maaf andai sepanjang perkenalan kita ada perkara yang menggores hati abang. Nad tahu, Nad bukan isteri sempurna. Nad minta maaf. Nad mencabar ego abang. Nad tak salahkan abang atas apa yang berlaku keatas nad, keatas kita. Mungkin, ini jalan hidup Nad. Nad redha. Terima kasih kerana sudi terima Nad dalam hidup abang. Terima kasih.. Biarlah Nad mengundurkan dir. Nad doakan abang bahagia dunia akhirat. Halalkan segalanya abng.
Love you,ImanNadina

  Setiap malam, Umair akan tertidur dalam tangisan kekesalannya. Memeluk baju nikah isterinya yang masih punyai bau isterinya. Sejak isteri meninggalkan dirinya, dia tinggal bersama kedua orang tuanya.
  
  Pagi selepas kejadian itu, dia ke dapur seperti biasa untuk bersarapan. Dilihat hanya juadah sarapan pagi yang ada, isteri entah kemana. Kebiasaanya, isterinya akan cuba berbual dengan dia walaupun isteri seolah bercerita pada dinding dapur.
  
  Setelah dicari segenap penjuru rumah yang hanya ditinggalkan baju nikah Nadina dan sepucuk surat buat dirinya. Sejak itu, Umair merasakan seolah separuh jiwanya dibawa pergi sekali bersama wanita itu.
  
  Sejak itu, dia kurang mengambil tahu mengenai. Amira. Satu hari dia terserempak dengan lelaki lain namun dia hanya mendiamkan diri. Akhirnya, satu hari, ketika Umair hendak berjumpa dengan Amira, dia terdengar perbualan Amira bersama seseorang.
  
   Amira selama ini hanya mempergunakan dia. Mempergunakan dia untuk membalas dendam terhadap Nadina, mempergunakan dia untuk mendapatkan pangkat. Oleh itu, dengan tekad Umair memutuskan hubungannya dengan Amira.
  
  * * * * 
  
  “Dah dua bulan dah Iman.. Kau lari macam ni. Aku tengok kesian si Umair. Hari tu aku jumpa dia, serabut aje aku tengok dia. Macam laki mati bini tapi dalam hal ni bini lari..” kata Sakinah tiba-tiba ketika Nadina sedang bersiap entah kemana.
  
  “Dia banyak kerja tu. Itu yang serabut semacam. Aku nak keluar sekejap. Makanan ada kat dapur. Kau makan lah dulu” nadina terus keluar.
  
  Nadina ke klinik. Dia berasa tidak sedap badan. Sering kali berasa penat seolah dia kerja buruh binaan. Dia ke klinik yang jauh daripada kawasan perumahan sahabatnya. Takut-takut sahabatnya itu mengekori.
  
  “Tahniah puan. Puan mengandung lapan minggu.. Ermmm, suami tak datang sekali?” Doktor Mariam, mengejutkan dia dengan berita yang tak disangka.
  
  Terus tangan jatuh ke perutnya yang sedikit buncit itu. Mengusap perlahan. Dia tersenyum gembira. Nadina hanya menggeleng menjawab pertanyaan doktor itu. Dalam kekacauan hidupnnya itu, dia dianugerahkan satu hadiah yang amat berharga.
  
  “Puan masih perlu berhati-hati. Kandungan masih di trimester pertama, tiga bulan pertama kandungan, masih lemah.....” panjang lebar nasihat doktor kepada bakal ibu itu.
  
  Nadina berasa seolah dia mendapat satu semangat baharu untuk teruskan kehidupan ini. Dia telah meletak jawatan di tempat kerja lamanya. Sejak dia meninggalkan suaminya. 
  
  Nombor telefon juga telah ditukar. Hanya sesekali dia membuka nombor lamanya. Berduyun-duyun message daripada suaminya masuk. Berpuluh miss called sehari dia terima. Tetapi Nadina hanya membiarkan. Biarlah dia merawat luka sendiri.
  
  Dia ingin pulang ke rumah Sakinah, memberi tahu perkara yang menggembirakan ini. Tidak sabar rasanya hendak bercerita. Anugerah terindah buat dirinya. 
  
  “Umair, isteri kau ada dengan aku. Alhamdulillah, dia sihat. Kalau kau nak jumpa dia aku akan temukan kau dengan dia.....” baru sahaja dia melangkah masuk dia terdengar perbualan sahabatnya...... dengan suaminya.
  
  “Assalamualaikum. Sakinah.. Buka pintu ni. Aku tak bawa kunci,” Nadina berpura-pura tidak tahu apa-apa.
  
  “Eh, kau dah balik? Masuklah..” ada getaran dalam suara Sakinah. Mungkin takut kantoi.
  
  Malam itu, Nadina mengemas barangannya untuk dibawa ke Johor. Dia akan duduk di rumah rehat bapanya di sana. Sakinah tidak tahu perihal ini. Bagi Nadina biarlah dia pergi sendiri. Dia faham mengapa Sakinah memberi tahu kedudukannya. Dia tidak marahkan sakinah.
  
  “Weyh, aku keluar sekejap, ada hal.” tiba-tiba Saknah menjengah ke bilik.
  
  “Anak ibu, kita ke Johor ye. Kita duduk sana ye. Membesar dengan baik ye sayang,” Nadina bercakap dengan anak yang ada dalam kandungannya itu sambil mengusap perlahan perutnya.
  
  Keesokkannya, pagi-pagi sebelum subuh dia keluar. Lagaknya persis pencuri yang ingin menceroboh masuk ke rumah. Malam tadi, dia telah masukkan segala keperluannya ke dalam keretanya. Dia solat subuh di masjid ketika dalam perjalanan.
  
  * * * *
  3 bulan kemudian...
  
  Nadina menghilang tanpa khabar berita. Hanya satu message tanda terima kasihnya diberikan kepada Sakinah. Dia meminta agar bapanya tidak memberi tahu sesiapa keberadaannya. Bapanya hanya setuju.
  
  “Hari ni kita pergi jalan-jalan ye. Kita pergi Johor Bahru. Jalan-jalan. Anak ibu jangan nakal ye.” Nadina bercakap dengan anaknya yang semakin membesar itu.
  
  Kandungan Nadina sudah hampir mencecah enam bulan dan sepanjang tempoh kandungan dia tidak punyai apa-apa alahan. Gambar nikah dia sebagai pengubat rindu pada suaminya. Bagi Nadina biarlah suaminya kecapi bahagia bersama insan yang dia sayangi. Kini, Nadina bertukar imej, dia bertudung. 
  
  “Iye ibu. Nanti Umair jumpa papa. Jangan risau. Ni Umair nak jalan-jalan dulu . Nanti Umair pergi jumpa papa. Bye. Assalamualaikum. Love you!” Umair ditelefon oleh ibunya.
  
  Umair punyai mesyuarat di cawangan syarikatnya di Johor Bahru. Sebelum pulang , dia berjalan-jalan. Dia terlihat sepasang suami isteri yang jelas terpancar kebahagian di wajah mereka yang sedang melayan anak kecil mereka.
  
  “Kalau aku terima Nad awal-awal, mesti kami macam tu” sayu hati Umair mengenangkan isterinya yang entah kemana.
  
  Dia amat kecewa dahulu, ketika Sakinah memberi tahu bahawa Nadina lari lagi. Kali ini, tiada siapa yang tahu. Entah sihat entah tidak isterinya itu. Dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan isterinya.
  
  Entah mengapa hatinya bergetar laju. Langkahnya seolah tertarik kearah sesuatu tempat. Umair hanya ikutkan sahaja langkah kakinya. Tiba-tiba dia ternampak satu susuk yang amat dirinduinya. Nur Iman Nadina !
  
  Kini wanita itu mengenakan hijab. Comel sekali. Umair tersenyum sendiri. Mungkin ini hikmahnya dia terpaksa menggantikan tempat orang pada saat akhir. Mungkin tuhan ingin temukan dia dengan isteri yang amat dirinduinya.
  
  “ Nur Iman Nadina. Nad sayang....” wanita itu terus berpaling apabila mendengar namanya disebut.
  
  Nadina terkaku ditempat duduknya. Baru sahaja dia ingin meninggalkan tempat itu, dan lelaki itu entah dari mana menegurnya. Umair terus pergi kearah isterinya dan mengapai tangan wanita itu.
  
  “I’m sorry sayang. Forgive me. Mari ikut abang balik.” sayu sekali suara Umair. Merayu agar isterinya kembali ke pangkuannya.
  
  Nadina terus merentap tangannya dan berlalu pergi. Selamat makanannya telah di bayar. Umair pada mulanya terkaku dengan tindakan Nadina mengejar langkah isterinya. Dia agak terkejut melihat perubahan isterinya. Dia mengikut isterinya sehingga ke rumah wanita itu.
  
  Belum sempat Nadina menutup pintu rumah, pintu itu telah ditahan oleh suaminya. Umair, menangis sambil tangannya memengang perutnya yang sudah kelihatan itu. Nadina tidak dapat menyorok lagi. Anaknya menendang,seolah tahu kehadiran bapanya.
  
  “Nad. Sayang. Please don’t do like this. Abang terseksa sayang.... Ini..... anak kita?” air mata jantan seorang Umair mengalir turun membasahi wajahnya.
  
  “Orang mengandung tak elok diri lama-lama”,Umair terus memimpin isterinya duduk.
  
  Nadina yang dari tadi mendiamkan diri mengikut tanpa kata. Sayu hatinya, melihat tingkah suaminya yang begitu penyayang, begitu mengambil berat. Sama seperti dahulu. Terharu dengan situasi itu, air mata Nadina mengalir.
  
  “Why are you crying sayang? Sakit ?” Nadina hanya menggeleng menjwab pertanyaan suaminya. Suaminya menyapu air matanya.
  
  “Patutlah abang mimpi main dengan anak sendiri. Rupanya abang punyai seorang anak sedang membesar dalam rahim isteri abang ni.. I’m glad to see you again.. Please sayang, don’t run again.” Umair separuh merayu sambil mengelus perlahan perut isterinya.
  
  “Nad hanya nak abang bahagia.”
  
  “Walaupun, Nad sendiri yang terluka?”
  
  “ Seperti yang nad selalu cakap, cukuplah melihat orang yang kita bahagia gembira, itu sudah cukup bagi Nad. Nad tak nak minta lebih.”
  
  “I’m not happy without you. I lost my self. You take along my another half sayang,” tak cukup dengan mengusap perut isterinya, Umair mencium kandungan itu dengan penuh kasih sayang.
  
  “Balik ikut abang ye. Ibu rindu sangat pada menantu dia ni. Kalau dia tahu sayang macam ni, mesti dia lagi happy.” Umair cuba memujuk lagi.
  
  * * * *
  
  “Abang tak sangka, yang dari dulu sayang cintai abang dalam diam..”
  
  “Kita sedar siapa kita ni... Cuba budak yang menumpang kasih pada ibu ayah...”
  
  “Kenapa tak duduk Melaka dengan Sakinah je?”
  
  “The day that I know about this little precious , Nad dengar perbualan abang dengan Sakinah. Nad tak nak musnahkan kebahagian abang dengan .... Amira.”
  
  Sambil berbual, tangan Umair tak habis-habis merayap. Sekejap mengelus pipi Nadina lah, sekejap perut ,tangan, sekejap dia tarik tangan Nadina untuk dicium. Nadina hanya membiarkan perilaku suaminya itu. Bahagia. 
  
  “Alhamdulillah. Kita dah sampai. Rasa sekejap pula perjalanan kali ni. Tak puas. Hehehehe..” 
  
  “Assalamualaikum.. Ibu... Nad mintak maaf tinggalkan ibu macam tu je. Nad bukan menantu yang baik....” Puan Laila tergamam seketika dengan kehadiran menantunya.
  
  “Anak ibu..” kedua wanita itu menangis dihadapan pintu rumah.
  
  “Eh, buat drama pula depan pintu ni. Dah. Jom masuk.” ayah muncul lalu Nadina menyalami bapa mentuanya itu.
  
  “kenapa tak cakap dengan ibu yang kamu jumpa Nadina. Tak cakap pun dengan ibu malam tadi. Kalau ibu tahu, ibu masak special sikit. ” Puan laila mula membebel kepada Umair yang sudah menyengih.
  
  * * * *
  
  3 tahun kemudian....
  
  “Kan, ibu dah cakap. Jangan berlari, kan dah jatuh,” Nadina mengangkat anak sulungnya, Muhammad Faiz Aiman bin Muhammad Umair.
  
  “Sayang kenapa ni?” Umair yang sedang mengangkat besen yang berisi ayam yang telah diperap terus merapati dua beranak itu.
  
  “Faiz jatuh.”Nadina menjawab ringkas sambil mendukung anaknya itu.
  
  “Faiz, nanti ibu penat. Nak angkat kamu, adik lagi. Tak kesian pada ibu ke? Lagi pun, awakkan lelaki. Nak jadi abang tak lama lagi, kena kuat. Nak jaga adik-adik nanti.” Umair berkata kepada anak sulungnya sambil mengusap perut isterinya.
  
  “Okey. Ibu,nak turun. Terima kasih ibu. Sayang ibu.”Faiz terus turun dan mencium perut ibunya.
  
  “Ibu aje? Abah tak sayang? “Umair menyakat
  
  “Faiz sayang semua....” keletah anak kecil itu menimbulkan riang dihati suami isteri itu.
  
  “Eh, buat drama kat situ pulak. Orang nak bakar ayam ni.” jerit abang sulung Umair dari jauh.
  
  Alhamdulillah. Kini anak sulung mereka sudah hampir 3tahun dan mereka bakal menimang cahaya mata yang baru. Kali ini kembar. Kini mereka bahagia. Bahagia yang sama ketika mereka bersama di Tasik Hempedu dulu, merasai seolah dunia hanya mereka.
  
 Hempedu pahitnya mampu menawarkan hati. Tetapi apabila ia menjadi satu tasik, indahnya menutup kepahitan realiti seperti Tasik Hempedu. Hidup pasti akan ada turun naik. Disetiap turunnya hujan akan hadir pelangi yang menyenangkan.

TAMAT











~ BLACKROSE          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan