Selasa, 13 Oktober 2015

CERPEN - BAHAGIA AKHIRNYA





 ~ ALLAH’S PLANS IS BETTER THAN OUR DREAMS ~
  
  * * * *
  
  “Memang patut kau kene tinggal dengan Aisyah ! MEMANG PATUT ! Aku tak heran dengan perangai kau yang macam setan ni memang patut kene tinggal dengan Aisyah.” marah Nurul kepada Izham yang sedang menyiapkan latihan sambil mendengar lagu.
  
  “Eh, gemuk kenapa dengan kau ? Nak membabitkan Aisyah pulak ni ? Tiba-tiba aje datang serang aku macam ni tak pasal-pasal. Apa masalah kau ? Dah gila ?!” balas Izham yang terkejut dengan kehadiran Nurul yang secara tiba-tiba.
  
  “Kau kan sabotaj projek pintu gerbang aku ? Aku tau kau punya tak berjaya, tapi jangan la sabotaj orang lain punya. Penat la aku buat semua tu. Kau sesedap rasa aje menjahanamkan aku punya projek. HISH !!! Sakit hati la.” Nurul menjawab persoalan Azham lalu keluar daripada kelas.
  
  “DUMMMM!!!!!”
  
  Bunyi sesuatu objek seperti terhentak ke dinding. Rupa-rupanya Nurul telah membaling sebuah kerusi kearah Izham yang diam tak berkutik dan kerusi tersebut telah tercampak ke dinding.
  
  “Sakit la gemok !! !”jerit Izham dari dalam kelas.
  
  “Kesah pulak aku !” balas Nurul yang telah agak jauh dari kelas.
  
  Kebetulan Speed, atau nama sebenarnya Muhamad Nazrin yang merupakan sahabat baik Nurul yang datang ke kelas hendak mengambil barang terkejut dengan agenda yang dilihatnya. Dengan pantas, dia mengejar sahabat baiknya yang telah pun berada di tempat parking motorsikal yang kelihatan Nurul memecut motornya keluar sekolah.
  
  Akhirnya, Nurul memberhentikan motorsikalnya di sebuah tasik berhampiran dengan kawasan perumahannya. Dia terus ke sebuah pondok yang agak terpencil tetapi pemandangan di situ amat cantik sekali. Disitu, Speed cuba mendekati Nurul yang sedang membuang pandangannya ke tengah tasik.
  
  “Nurul Nadiah Muhammad Azhar.... Whats wrong dear ? What going on ?” tanya Speed lembut.
  
  Tak semena Nurul,yang juga sebagai Girl with no tears mengalirkan air. Speed yang masih terkejut dengan agenda di sekolah tadi terkejut.(terkejut ni dah tahap langit ketiga)
  “ Fed up la aku ! Aku penat buat model pintu gerbang tu dia, boleh sesedap oren dia aje nak sabotaj projek aku. Dah la masa yang cikgu kasik seminggu aje, pastu due lusa,banyak tu nak kene betulkan. Projek tu aje harapan aku nak tambah markah koko aku. Kau tau tak.
  
  “Aku tak tau... Kau tak cakap lagi macam mana aku nak tau.”balas Speed yang memotong percakapan Nurul.
  
  “jangan potong cakap aku la. Aku nak cakap la ni. Aku nak siapkan projek ni. Aku tidue hanya 3-4 jam aje sehari. Dah la kat rumah dengan masalah-masalah semua tu.” luah Nurul.
  
  Speed hanya mendiamkan diri mendengar luahan hati Nurul.Dia banyak mendengar luahan dan rahsia Nurul dan begitu juga Nurul.Sehinggakan antara mereka berdua tiada rahsia tetapi cuma satu yang mereka tak kongsi bersama iaitu,gerangan yang telah memiliki hati masing-masing.Mereka cuma akan bercakap mengenai sifat dan peribadi pemilik hati masing-masing dengan menggunakan kata ganti nama.
  
  Keakraban Speed dan Nurul mengakibatkan pelbagai spekulasi yang timbul. Dan yang paling popular ialah mereka dikatakan pasangan kekasih. Guru-guru juga begitu,tetapi hakikatnya hanya mereka berdua yang tahu.
  
  Namun demikian, ekoran daripada keprihatinan dan sikap ambil berat Speed terhadap Nurul telah mentunaskan satu perasaan cinta dalam hati Nurul.dirinya rasa lebih dihargai dan disayangi. Tetapi rasa itu dinafikan oleh Nurul kerana rasa rendah diri yang menguasai diri. Dia merasakan dirinya tidak cukup hebat jika dibandingkan dengan sifat-sifat yang disebut-sebut oleh Speed. Tambahan dia tak berkulit cerah, rendah dan tidak mempunyai tubuh badan yang langsing.
  
  Tetapi perkara ini diketahui oleh salah seorang sahabat baik Nurul iaitu Sabrina. Hanya Sabrina.
  
  “Na, aku tak tau nak buat ape lagi nak lupakan dia. Makin aku nak lupa, makin banyak kenangan yang tercipta antara kami. Tolong aku Na. Tolong aku. Aku tak tau nak buat ape lagi. Tambahan pula, kami makin rapat sekarang. Kau perasan tak Na?” adu Nurul kepada sahabat baiknya Sabrina.
  
  “Aku pun tak boleh cakap banyak. Sebab aku pun sama Nur. Aku masih tak dapat lupakan Hatta lagi walaupun dia dah cakap kami kawan dan dia dah pun ada girlfriend ! Aku rasa aku dah gila la. Aku dah gila ke Nur? Tapi aku perasan la jugak sekarang korang makin rapat, macam couple pulak aku tengok korang berdua. Jelez aku. Eh, korang kapel ke ?” jawab Sabrina kepada soalan yamg diajukan oleh sahabat baiknya itu.
  
  “Apa yang kau merapek ni. Sah! Kau dah gila, bukan setakat gila tapi biul, masuk air. Kesian aku tengok kau.”kata Nurul pada Sabrina
  
  Rasa yang mula bercambah di hati Nurul rupanya telah memakan dirinya sendiri. Rupanya Speed telah pun mencintai perempuan yang berada di tingkatan3 dan berhasrat untuk meluahkan perasaannya pada perempuan tersebut setelah perempuan tersebut tamat peperiksaan SPM. Perkhabaran itu di katakan oleh Speed sendiri pada Nurul ketika mereka sedang berbual mengenai hati dan ia menghancurkan hati Nurul yang telah pun mula mencintai Speed dalam diam.
  
  Perkara itu pada awaknya hanya diketahui oleh 2 orang sahabat baik Nurul, iaitu Sabrina dan Azura tetapi akhirnya diketahui oleh semua pelajar perempuan kelas 5 Harvard iaitu kelas Nurul, sabrina dan Azura. Ia kekal menjadi rahsia antara pelajar perempuan. Tetapi apabila peperiksaan SPM makin hampir, kekasih hati Azura , Azwan mengetahui perkara tersebut ketika mereka Nurul sedang berbual ketika perbincangan kumpulan. 
  
  Pada masa yang sama, keputusan peperiksaan Nurul semakin teruk dan pembelajarannya juga begitu. Perkara itu menjadi kerisauan rakan-rakan sekelas Nurul yang amat mengambil berat tentang pelajaran. Biasanya, setiap bulan satu sesi motivasi antara pelajar perempuan 5 harvard dikenali sebagai GT( Girl’s Talk) akan dilakukan bagi membincangkan masalah masing-masing dan menaikkan semangat antara satu sama lain. Tetapi satu sesi GT telah dilakukan khas bagi menaikkan semangat untuk belajar Nurul yang dilihat semakin hari semakin pudar. 
  
  “Nur, apa yang kau buat ni ?” Rashidah atau lebih dikenali sebagai Sunio bertanya kasar kepada Nurul yang jelas tidak memberi tumpuan kepada perbincangan.
  
  “Apa ? Aku tak ada buat apa-apa pun. Kenapa ?.......” jawab Nurul yang masih terkejut dengan sikap Sunio.
  
  “Tak ada apa-apa kau kata ? Tengok kau sekarang ! Kau dah makin teruk. Pelajaran, buku, ulangkaji, ujian, peperiksaana dan yang paling penting SPM kau endah pun. Biasanya kalau ada apa-apa test pun, kau lah antara orang yang paling sibuk dengan buku. Kadang-kadang tu, sampai ke tandas pun buku ! Tapi sekarang ? Aku tengok kau makin banyak termenung. Buku, langsung kau tak hiraukan. Kenapa dengan kau?” celah Sabrina pula yang mula berang dengan sikap Nurul.
  
  “Tak ada apa-apa la. Korang semua tak payah nak risau pasal aku. Aku okay aje.” jawab Nurul lagi.
  
  “See, kau jawab pun tak ada semangat. Biasanya kaulah orang yang paling bersemangat masa GT tapi sekarang kau tengok sendiri la.” kata Izyana pula yang dari awal mendiamkan diri.
  
  “nurul, kitaorang semua bukan preasure kau tapi kami nak betulkan balik kau punya matlamat. SPM dah nak dekat, kami semua risau dengan perubahan kau ni. Biasanya kau lah yang buat kelas haruk, tapi, sekarang kau banyak termenung. Kau kenapa sebenarnya, kan kita semua dah janji akan share masalah. Kitakan kawan. Apa guna kawan kalau tak dapat bantu kawan” sampuk Hamizah berlembut sebelum sempat Nurul menjawab.
  
  “urmmm, ni pasal Speed kan ?” tanya Azura pula.
  
  Nurul yang dari awal menundukkan kepala hanya menganggukkan kepala. Akhirnya dia menceritakan segalanya mengenai Speed dan pelajar tingkatan tiga yang bernama Anis atau lebih mesra Honey. Dalam sesi GT itu, akhirnya nurul sedarkan sikap nya yang akan menggugat SPMnya nanti. Azura juga ada menasihatkan supaya jadikan Speed sebagai Inspirasi untuk dia berjaya dan akhirnya nanti akan mendapat yang lebih baik.
  
  Dalam masa yang sama Nurul masih lagi berperang dengan Izham dan perang mereka semaki hari semakin membara. Sejak pertengkaran mengenai projek koko Nurul mereka tidak lagi bertegur sapa. Jika dahulu mereka masih boleh duduk berhampiran tetapi kini pantang dekat pasti perang besar akan meletus. Tetapi apa yang hebatnya Izham dan Nurul, apabila ditugaskan dalan 1kumpulan kerja mereka pasti yang terbaik tetapi masih ada agenda perli- memerli antara satu sama lain dan perbalahan berlaku.
  
  * * * *
  
  Ketika peperiksaan SPM berlaku Nurul telah pun kembali ke pangkal jalan. Dia telah pun sedar. Tanpa di duga, ketika pelajar 5 Harvard terutamanya sedang mengambil kertas terakhir mereka iaitu, Biologi kertas3, 20minit sebelum kertas tamat tiba-tiba Nurul pengsan. Perkara itu membuatkan semua pelajar 5 Harvard tertanya-tanya.
  
  “Kenapa dengan Nurul ?” tanya Speed kepada pelajar-pelajar perempuan 5 Harvard.
  
  “entah lah, kami semua pun pelik.. Tak tau kenapa. Tiba-tiba aje.” jawab Azura.
  
  “ Tapi sebelum kita semua masuk dewan tadi, dia ada cakap yang dia pening kepala. Sepanjang minggu kita periksa dia ada cakap dia pening kepala teruk. Tapi Izah tak tau seteruk mana. Yelah kita tak rasa.” kata Hamizah lembut.
  
  “Tadi aku nampak dia pucat. Macam mayat hidup. Muka dia agak putih.” celah Sabrina pula.
  
  “ Aku rasa, ada kene mengena dengan accidents dia dulu la. Ya lah, diakan ada buat pemindahan darah, maybe dia penyakit or maybe dia cuma terlalu stress kut.. Yelah siapa tak takut dengan SPM. Kan ? Ape pun kita doakan dia yang terbaik. Nanti kita semua lawat dia lah.” sampuk Izyana pula.
  
  “Kalau macam tu, tak pe lah. Thanks. By the way, happy holiday !” kata Speed.
  
  Semua rakan-rakan nurul tertanya-tanya akan situasi Nurul yang memeranjatkan semua. Rupanya-rupanya, akibat daripada pemindahan darah ketika dia kemalangan tempoh hari darahnya telah dijangkiti kuman dan ia berada pada tahap yang agak kritikal.
  
  * * * *
  
  Sepuluh tahun kemudian.
  Majlis perjumpaan semula pelajar 5harvard 
  Dewan utama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn.
  
  “wah, Azura ligat kau, anak dah nak masuk dua. Budak lain ada yang baru nak kawen tapi kau.. Proses persenyawaan berlaku awal..” usik sabrina kepada sahabat baiknya,Azura.
  
  “ mentang-mentanglah kau Ina, tau la kau cikgu biologi tak payah cerita pasal bab4 tingkatan3 dan tingkatan5 nak refresh ape?” usik Hamizah pula kepada Sabrina
  
  “Eh, aku nak tanya. Korang ada contact dengan Nurul tak lepas SPM, masa amik result pun dia tak ada kan ? Kemana dia menghilang ye ?” sampuk Izyana pula.
  
  Segalanya telah berubah. Kini, para pelajar 5 Harvard telah berjaya dalam hidup masing-masing. Sabrina yang dulunya sama situasi seperti Nurul yang patah hati kerana ‘crush’ mereka telah pun dimiliki tetapi dia akhirnya dapat menarik perhatian Hatta si pujaan hatinya. Dia telah pun menjadi seorang guru dan mengajar di sekolah mereka. Siapa sangka akhirnya percintaan antara Azura dan Azwan akhirnya kejinjang pelamin dan mereka menanti kehadiran cahaya mata yang kedua. 
  
  Hamizah yang bercita-cita menjadi seorang pakar psikatri akhirnya berjaya dan dia pun dah hampir ‘gila’. Izyana telah meneruskan perniagaan dalam taliannya yang telah dibuka sejak di bangku sekolah lagi. Boleh dikatakan semua pelajar 5 Harvard berjaya menjadi seorang ‘orang’.
  
  Ketika majlis telah dimula dan bacaan doa dibacakan oleh ‘ustaz’ kelas 5 harvard iaitu Fazdly pintu dewan dibuka. Ada yang mengharapkan itu, nurul yang telah lama menghilang terutamanya pelajar-pelajar perempuan.
  
  “Sorry, aku lambat. Ambil bini aku dekat rumah. Aku baru balik dari Indonesia. Ada hal sikit. Sorry semua.” kata Speed yang sedang memegang seorang budak lelaki sambil 
menyengih dimuka pintu.

  Rupanya, itu Speed bersama keluarganya. Dia telahpun mendirikan rumahtangga tanpa pengetahuan semua rakan sekelas. Dia berkahwin pada usia yang sangat muda.. Dia kini bergelar seorang usahawan yang berjaya.
  
  Ketika aktiviti untuk hari pertama tamat dan jamuan diadakan.
  
  “Eh, Speed kau tau kat mana kawan baik kau. Nurul.?” tanya Sunio.
  
  “Izham. Siapa ingat Izham. Mana dia ye? Dia ada tak ? Atul ! Kau uruskan kehadirankan ? Azham ada tak ?” tanya Ahmad 
  
  “ Tak ada. Aku dengar cerita dia dah meninggal. Aku tak tau la betul ke tidak.” jawab Atul menghampiri meja yang diduduki oleh Azura,Azwan, Speed dan keluarga dan telah didatangi oleh beberapa rakan lain.
  
  “ betul, Izham dah meninggal. Meninggal masa lepas dia lawat aku. Accident depan hospital, berlanggar dengan kereta yang laju. Masa tu dia baru luahkan perasaan dia dekat aku. Siap kasik bunga, red velvet kat aku. Rupanya, dia dah mula minat aku dan lupakan Aisyah. Dia suka cari gaduh dengan aku sebab dia nak tarik perhatian aku.” celah isteri Speed yang dari awal hanya mendengar pelbualan antara mereka.
  
  “Siapa awak ? Macam mana awak kenal izham ? Maaf lah kami tak kenal awak.” tanya hamizah yang keliru.
  
  “Nama saya Nurul, Nurul nadiah Binti Muhammad Azhar. Ingat?” jawab isteri Speed selamba
  
  “Nurul? Mana kau pergi ? Macam mana ....” tanya Sunio samil menunjukkan kepada Spedd dan nurul.
  
  “Sebenarnya, Nurul pengsan sebab ada jangkitan pada darah dia akibat pemindahan darah yang dia buat masa accident dulu. Korang ingat kan accident tu? Dia berubat. Selepas 3minggu dalam hospital, nenek dia bawak dia pegi umrah nak berdoa kat sana. Pada awalnya aku tak tau yang si Nurul ni minat kat aku. Patutlah korang semua asyik sakat aku dengan dia. Dan sabrina telah pun tunaikan janjinya pada nurul dan aku tau. Mula-mula aku tak ada rasa kat nurul tapi sebenarnya kat jauh di sudut hati aku, aku cintai Nurul bukan hani. Dan sebulan selepas amik result aku pinang Nurul dan kami berkahwin setahun kemudian. Dan kini kami nak masuk 3 orang anak. Yang pertama kembar.” jawab Speed sambil memeluk pinggang isterinya iaitu Nurul.
  
  
  Dalam diam rupanya, Izham yang selalu cari gaduh dengan Nurul sebenarnya menyukai nurul. Tetapi ajalnya tak panjang akhirnya meninggal pada usia muda. Walaubagaimana pun izham sentiasa diingati oleh pasangan tersebut. Jika ada kelapangan pasti mereka berdua akan melawat pusara Izham .
  
  Rakan sekelas Nurul tidak lagi mengenalinya kerana dia kini jauh berubah ketika disekolah dulu. Dulu dia agak selekeh orang tetapi kini dia jauh lebih manis dan cantik pada mata orang terutamanya suami tercintanya, Muhhammad Nazrin Haris. Kini, Nurul berkaca mata dan lebih kurus akibat daripada penyakit yang dihadapinya dulu.
  
  Siapa sangka kehidupan mereka semua BAHAGIA AKHIRNYA. Pada dasarnya dapat kita lihat pengakhiran cerita Izham tidak sebahagia rakannya yang lain tetapi sedarilah semua bahawa mati itu pasti. Setiap yang ada dimuka bumi ini pasti akan berakhir hayat mereka. Dan Allah telah menjanjikan Syurga pada hambanya yang taat padaNya. Moga izham aman di sana.
  
Al-fatihah buat semua umat Islam yang telah meninggal dunia.


TAMAT











~ BLACKROSE           




P/S : sebenarnya, ini adalah cerpen pertama. tapi baru ada keberanian nak post. al-maklumlah cerpen pertama.. so, banyak lagi kekurangan.. masih bertatih lagi dalam bidang penulisan ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan