Selasa, 6 Oktober 2015

CERPEN - ITU YANG TERTULIS






  “Are you serius Nurul?! Kau demam ke ?! Or kau sakit?! Kalau kau sakit meh aku bawa kau pergi klinik,” Suhaili yang memang terkenal dengan mulutnya yang bising seperti mak nenek bertanya kepada Nurul dan menarik perhatian pelajar lain yang ada di sekitar Balai Gemilang.
  
  “Kau nak mikrofon? Ke sistem sistem siar raya sekolah? Rasanya tu cukup untuk satu sekolah dengar. Sekolah rendah sebelah pun boleh dengar,” Nurul dengan selamba memerli Suhaili yang berperangai agak memalukan itu lalu menyedut minuman kegemarannya, Milo.
  
  “Jawab la soalan aku. Jangan main-main okay. Aku tak sangka kau boleh jatuh cinta pada dia. Apa yang special sangat dia tu? ” Suhaili atau lebih mesra dipanggil Sue sahaja dalam kalangan rakan-rakannya berkata lagi dengan kerutan seribu diwajahnya seperti satu masalah besar sedang melanda.
  
  “Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing, kelemahan dan kelebihan itulah yang akan melengkapkan hidup kita,” Azura yang baru sahaja datang setelah berdating sebentar bersama kekasih hatinya, Nadzmi, salah seorang rakan sekelas mereka mencelah tanpa mengetahui hujung pangkal cerita.
  
  “Dah jom. Nanti ramai pula orang dekat library,” Nurul berlalu tanpa menjawab pertanyaan Sue yang seperti machine gun.
  
  Dan tiga sahabat ini pun berjalan ke perpustakaan awam, yang terletak berhampiran dengan sekolah mereka. Namun demikian, sepanjang perjalanan ke library, pertanyaan demi pertanyaan diajukan oleh Suhaili kepada Nurul.
  
  Sebenarnya, Suhaili berasa amat terkejut dengan berita yang di baru sahaja peroleh. Berita itu ialah, Nurul telah jatuh cinta terhadap salah seorang rakan sekelas mereka. Tetapi, jejaka itu sebenarnya bukanlah jenis lelaki idaman Nurul.
  
  Lelaki itu ialah Omar. Muhammad Omar bin Haris. Seorang pelajar lelaki yang sering berperangai tidak senonoh di tempat awam. Seorang lelaki yang suka ikut kepalanya sahaja. Dan seorang lelaki yang mempunyai ego yang agak tinggi.

*   *   *
  
  “Omar, mana Rykal dengan Salwa? Tak akan lah kita berdua aja. Kata kerja kumpulan, ni kita berdua saje.” Nurul yang baru sahaja sampai bertanya.
  
  Omar dan Nurul bersama dua lagi rakan sekelas mereka ditugaskan dalam satu kumpulan untuk menyiapkan satu tugasan berkumpulan yang diberikan oleh guru bahasa Melayu mereka, Cikgu Ganesan.
  
  “Tak tahu. Mungkin lambat. Tak apa, kita jalan dulu, kalau mereka tak datang, nanti kita suruh mereka uruskan tugasan yang seterusnya.” Omar yang sedang mencari maklumat di dalam sebuah buku rujukan berkata serius.
  
  Akhirnya hanya Nurul dan Omar berdua melakukan tugasan hari itu. Setelah beberapa lama mereka berdua, barulah Rykal dan Salwa, dua lagi ahli kumpulan menghantar pesanan ringkas mengatakan mereka tidak dapat hadir.
  
  Sepanjang perbincangan, mereka berdua banyak ketawa kerana lawak-lawak Omar yang gila itu. Omar merupakan seorang yang kelakar manakala Nurul seorang yang agak blur. Jika dilihat, mereka seperti pasangan kekasih yang secocok dan sweet yang sedang menyiapkan tugasan bersama. 
  
  Nurul berasa amat gembira apabila dia dapat meluangkan masa bersama Omar yang menjadi pujaan hatinya. Walaupun Omar sering kali berperangai tidak senonoh tetapi Omar sebenarnya seorang yang ambil berat, baik, tidak berkira, sedia membantu, memahami, seorang pendengar yang setia dan penyimpan rahsia yang baik.
  
  Itulah ciri-ciri yang mencairkan hati Nurul yang keras setelah hatinya dibekukan oleh kekasih lamanya, Farhan yang meninggalkannya tanpa khabar berita dan akhirnya Nurul mendapat tahu, kekasihnya itu sudah ada kekasih lain. Dan setiap kali, dia bersama Omar, Nurul akan berasa selamat dan dihargai.
  
  *   *   *
  
  Nurul rapat dan telah jatuh cinta terhadap Omar. Mereka berdua sering kali bertukar cerita dan berkongsi masalah serta memberikan semangat antara satu sama lain. Tetapi Omar sebenarnya...
  
  “Abang !” seorang pelajar junior yang comel berkaca mata menggamit Omar ketika Nurul dan Omar sedang jalan berdua untuk ke perpustakaan untuk membuat tugasan kumpulan yang masih belum siapkan.
  
  “Hani ! Sayang abang !”Omar terus meninggalkan Nurul dan pergi ke gadis itu. 
  
  “Haishh, abang ni ! Hani nak tanya sikit boleh tak?” 
  
  “Hah? Ya silakan. Apa soalannya cik Hani ?”Wajah Omar kelihatan bercahaya dan amat gembira apabila bertemu gadis itu.
  
  “Tu, siapa abang ? Berdua aje. Semalam pun Hani nampak abang berdua dengan dia dekat library” gadis itu menunjuk ke arah Nurul yang sedang berpura-pura melihat ‘keindahan’ sekolah mereka.
  
  “Oh, itu kawan sekelas abang. Semalam abang buat tugasan berkumpulan yang sepatutnya buat berempat. Tapi semalam,dua mahkluk Allah tu entah kemana hilangnya. Jadi berdualah abang dengan dia. Tapi hari ini, makluk berdua tu akan datang. Kenapa? Hani cemburu ye?” Omar menyakat selamba.
   
   “Ohh.. Eh, taklah, mana ada!”
   
   Pipi Hani mula kemerahan. Kulitnya yang putih kemerahan lebih mudah menampakkan pipinya sedang mula merah seperti memakai pemerah pipi. Hani menyusun langkah untuk beredar dengan kepala tertunduk kerana malu dengan soalannya sebentar tadi.  
   
   “Hani... Abang faham, tidak mengapa 30 Ogos tiga tahun lagi kita berjumpa semula ya...”
   
  Omar melemparkan senyuman selamba ketika berkata demikian. Hani berhenti seketika ketika Omar berkata demikian. Hani berpaling kepada Omar dan melemparkan senyuman yang manis dengan pipinya yang masih kemerahan itu. Omar pasti senyuman yang dilemparkan itu menandakan Hani faham apa yang dia maksudkan.
   
   Hani atau nama penuh Nur Hanisah binti Zainal, pelajar tingkatan tiga adalah pilihan hati Omar. Gadis yang ayu dan lembut berjaya menawan hati keras Omar yang keras seperti batu itu. Walaupun lembut tetapi tegas orang. Jangan sesekali mempermainkan dia!
  
  “Itu ke budak yang kau ada cakap dulu? Siapa nama dia? Hani? Honey madu?” Nurul bertanya sejurus Omar kembali kepadanya untuk ke pepustakaan bersama-sama.
  
  “Hah??”Omar cuba berselindung
  
  “Ala, kau pernah cakap ,lagi dua tahun iaitu selepas budak tu habis SPM kau akan propose dia. Kau pernah cakap dengan aku la. Jangan cuba berdolak-dalih lagi lah Omar.”
  
  “Ermmm.. Dah la cepat. Nanti lambat, library penuh.” 
  
  *   *   *
  
  Walaupun, Omar telah pun punyai pilihan hati tetapi Nurul tidak mampu melupakan rasa cintanya terhadap Omar. Hal ini kerana, setiap kali Nurul cuba melupakan dan hampir melupakan, Omar hadir mencipta kenangan dan memori baharu antara mereka.
  
  Sering kali, ketika Nurul hampir melupakan rasa cintanya, rasa cinta itu bertunas kembali apabila Omar datang menyelamatkannya seperti cerita dongeng kanak-kanak. Dia datang seperti seorang putera gagah yang menaiki kuda putih yang dilengkapi dengan perisai dan pedang.
  
  Ketika itu, Nurul baru sahaja pandai menunggang motorsikal dan cuba untuk menghantar salah seorang rakan sekelas mereka, Azmira ke rumah setelah pulang daripada kenduri kahwin kakak Nadzmi.
  
  Nurul menghadapi kemalangan kecil dan tercedera sehingga semangatnya untuk menunggang pulang ke rumah lesap. Nurul meminta pertolongan Omar untuk menghantar diri pulang dan dia datang walaupun hari sudah lewat petang dan rumah Omar dan Nurul berjauhan. Itu antara perkara yang membuatkan Nurul tidak mampu melupakan Omar dengan mudah.
  
  Selain itu,ketika ulang tahun kelahiran Omar yang ke-17, pada hari guru, 16 Mei. Omar dengan sweetnya menawarkan diri untuk menumpangnya pulang. Hal ini kerana, Nurul yang sepatutnya menaiki bas untuk pulang tetapi tertinggal dan terpaksa berjalan kaki seorang diri pada waktu tengah hari yang terik.
  
  Oleh yang demikian, Nurul menumpang kereta ibu bapa Omar yang datang menjemputnya. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hanya mendiamkan diri dan terkaku kerana rasa malu berhadapan dengan kedua orang tua Omar yang baik hati itu. Dan apa yang menariknya, Nurul adalah kawan perempuan pertama yang dia kenalkan pada kedua ibu bapanya.
  
  Dan banyak lagi memori-memori dan kenangan manis yang tercipta dan membuat Nurul tidak keruan mengenangkan Omar. Namun demikian, Nurul tetap pasrah dan cuba menyembunyikan rasa cintanya terhadap Omar kerana tidak mahu Omar berasa terganggu dengan cintanya.
  
  Kerana, baginya, biarlah takdir yang menentukan segalanya. Jika itu yang tertulis, jodoh dia dengan Omar, dia terima dengan hati yang terbuka. Tetapi jika tidak tertulis jodohnya dengan Omar dia juga akan terima. Sebab dia yakin Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
  
  Allah akan beri apa yang kita perlukan bukan, apa yang kita hendakkan. Segalanya yang kita hendak tidak selalu kita akan dapat. Kerana apabila kita telah berusaha dengan bersungguh- sungguh tetapi kita tidak dapat perolehi dan itulah yang dinamakan dengan qadak dan qadar. 
  
  Nurul mahu, Omar bahagia dengan pilihan hatinya. Baginya, cinta tak mesti dimiliki. Dan andai ada jodoh antara dia dan Omar, Allah pasti akan menemukan mereka kelak. Lagipun, Nurul berasa rendah diri terhadap dirinya sendiri.
  
  Omar pernah berkata, dia akan menerima siapa pun dalam hidupnya jika itu jodohnya tetapi buat masa ini, hatinya terpaut dengan si gadis comel bernama Hani. Omar yang dulu pernah kecewa dengan cinta,dapat semula semangatnya apabila hadirnya Hani dalam hidupnya.
  
  Omar sendiri tidak menyangka dia akan bahagia semula setelah dikecewakan oleh Naime, cinta pertamanya. Sebenarnya, dia sendiri masih belum mampu melupakan Naime tetapi nama itu kian terhakis dengan muncul Hanisah dalam lembaran hidupnya.
  
  *   *   *
  
  Tiga tahun kemudian....
  
  “Hargh!”
  
  “Haiyargh!”
   
   Dush! Satu tumbukan yang agak padu terus pada perut. Tepat !
   
   “Adush! Woi Omar kau apa hal?”
   
   “Kaulah, apa hal, yang kau sergah aku kenapa? Dah tak reti bagi salam? Islam betul kau.. Kan dah kena sebijik! Sedap?”
   
   “Hehehe, maafkan aku. Assalamualaikum abe Omar. Maafkan saya tentang tadi ya. Termenung jauh nampak? Mengapakah?” kata Zali sambil menggosok perutnya yang ditumbuk Omar akibat daripada sergahannya sebentar tadi. 
  
  “Eh, mana ada aku termenung, Cuma merehatkan fikiran lepas siapkan kerja. Yang kau ni kacau aku ni, dah siap ke kerja?”
  
  “Abe Omar, cuba tengok jam sekarang pukul berapa sekarang. Dah masuk lunch hour la abe oi.. Dah, jom makan aku dah lapar tahap kebulur ni .” Zali mengajak Omar.
  
  “Engkau mana pernah kenyang...” Omar membalas sambil mengemas mejanya.
  
  Zali, sahabat Omar sejak mereka dibangku sekolah. Sejak di tingkatan 3 lagi mereka berkenalan. Banyak rahsia Omar yang diketahui olehnya. Termasuk kisah Omar dengan Naime dan janji Omar pada Hanisah. Rasa cinta Nurul terhadap Omar yang tidak pernah diketahui oleh Omar sendiri juga diketahuinya.
  
  Zali juga sahabat baik dengan Nurul. Kini, mereka bekerja sambil belajar. Mereka bekerja sebagai kerani di syarikat milik bapa Zali. Nurul, terus menghilangkan diri selepas keputusan SPM keluar. Tiada sesiapa yang tahu ke mana perginya Nurul dan apa jadi padanya.Keluarga Nurul juga berpindah entah kemana. Tiada siapa yang tahu.
  
  “Eh, Omar kau perasan tak ada sorang perempuan asyik pandang-pandang kita. Perasan tak? Dia macam.. ” Zali berkata apabila melihat seorang wanita asyik melihat kearah mereka berdua.
  
  “Omar! Dengar tak apa yang aku cakap tadi?” Zali memetikkan jarinya dihadapan muka Omar apabila sahabatnya itu seolah tidak menumpukan perhatian pada percakapannya. Tidak seperti selalu.
  
  “Ha? Apa kau cakap?” Omar terpinga apabila Zali memetikkan jari dihadapan mukanya.
  
  “Kau kenapa Mar? Aku perasan sejak beberapa hari ini kau selalu termenung. Kau pahal ?”
  
  “ Aku rasa aku ada jumpa Nurul la. Masa persidangan siswa/siswi se-Malaysia. Hari tu. Macam Nurul tapi bila aku nak tegur dah hilang orangnya. ”
  
  “Kau ni rindu dekat Nurul ni. Itulah dulu masa orang tu ada, buat bodoh aje. Kan dah melepas. Lepas itu terbayang-bayang.”
  
  “Apa kau merepek ni?! Dah la, jom solat.” Omar menutup topik perbualan mereka  berdua.
  
  Sejak kehilangan Nurul, bagi Omar ada satu kekosongan di hatinya tetapi perkara itu tak pernah diceritakan pada sesiapapun waima pada Zali sekalipun. Hatinya menafikan sekeras-kerasnya, kerana baginya hanya Hanisah dalam hatinya. Tetapi kini, dia keliru sendiri. Antara cinta Hanisah yang masih belum pasti atau Nurul yang kini menghilangkan diri.

*   *   *
   
   “ Weyh, Omar, kau ingat tak hari ni berapa hari bulan?” tanya Zali tiba - tiba ketika mereka bersama-sama menikmati maggi sambil menonton televisyen di rumah sewa mereka yang telah didiami sejak tamat alam persekolahan.
   
   “ Ermmm, hari Khamis . Kenapa dengan hari Khamis?” kata Omar yang masih khusyuk menikmati magginya sambil menonton televisyen.
   
   “ Hari ni 23 Ogos.. Minggu depan 30 Ogos...” tanpa perasaan sambil menghirup kuah maggi, Zali berkata selamba.
   
   “Hani !..” Omar yang sedang khusyuk menikmati maggi itu terus menghentikan suapannya apabila mendengar tarikh itu.
   
   30 Ogos adalah tarikh keramat janji antara Omar dan Hani yang telah dua tahun terpateri akan menunjukkan perkara yang sebenar. Adakah Hani betul-betul mencintai Omar atau sebaliknya.
   
   “ So, kau nak pergi?” Zali bertanya prihatin.
   
   “Aku akan pergi.. Walaupun harapan hanya senipis kulit bawang, aku tetap pergi ke tempat yang dijanjikan.” kata Omar dengan penuh pengharapan.
   
   “Kalau itu keputusan engkau aku nak kau ingat apa pun, Allah tak akan pernah berlaku zalim terhadap hamba-NYA. Allah’s plans is better than our dream. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, pelangi akan muncul setelah hadirnya ribut. Remember that bro !” Zali memberikan nasihat kepada rakannya itu.
   
   “Eh, itu bukan, quotes yang selalu Nurul guna ke?” Omar bertanya.
   
   “Kau ingat lagi ayat-ayat dia?”
   
   “Of course la aku ingat. Kata-kata tu yang bantu aku. Dia dengan aku kan selalu tukar-tukar cerita. Dan ayat yang selalu keluar dari mulut dia, ‘setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, pelangi akan muncul selepas hadirnya ribut’,” Omar menjawab selamba tanpa perasan akan padangan pelik daripada Zali.
   
   *   *   *
   
   “ Assalamualaikum. Are you Muhammad Omar bin Haris? ” seorang gadis cantik bergaya tiba-tiba datang pada Zali dan Omar ketika mereka sedang makan ditempat kegemaran mereka bertanya.
   
   “Waalaikumusalam. Ya saya Muhammad Omar.” Omar agak tergamam dengan situasi itu.
   
   “Saya Ahmad Zali.” Zali cuba berjenaka.
   
   “Haishh, kau ni Zali. Awak nak apa ye?” Omar bertanya dengan kerutan seribu di dahi.
   
   Pada yang sama, otak dua sahabat ini berputar cuba mencerna siapakah gerangan gadis dihadapan mereka.
   
   “Maafkan saya abang Omar” gadis itu menghulurkan sekeping sampul surat dan berlalu pergi.
   
   “Eh, inikan perempuan yang tengok-tengok kita dua minggu lepas tu? Kau ingat tak?” Zali terus teringat gadis yang pandang mereka dua minggu lepas.
   
   Omar yang baru buka sampul surat yang diberikan oleh gadis yang comel bertudung kuning air terpaku melihat isi kandungan sampul surat itu. Terpaku bagaikan  Statue of Liberty dan rohnya terus terbang melayang. Suara Zali juga hanya sayup-sayup kedengaran.
   
   “ Omar.. Omar ! Apa tu? Aku bercakap dia boleh buat bodoh.” Zali memecahkan lamunan Omar yang entah dah sampai kemana.
   
   Omar hanya memberikan sampul surat itu kepada sahabatnya tanpa sepatah kata. Namun, riak wajahnya, jelas kelihatan riak kekecewaan. Zali yang baru sahaja melihat sampul surat itu juga terkaku ketika melihat isi kandungan sampul itu.
   
   Sampul surat itu mengandungi kad jemputan perkahwinan gadis tadi. Gadis itu adalah Hanisah, insan yang di tunggu-tunggu oleh Omar sejak beberapa tahun yang lalu. Dan apa yang membuat mereka berdua tergamam lagi, Hanisah akan berkahwin pada 30 Ogos, pada tarikh perjanjian dan dia akan berkahwin dengan Alan.
   
   Alan. Dia adalah teman sekelas mereka yang dulu juga menjadi punca perpisahan antara Omar dan Naime, kekasih pertama Omar. Alan, menfitnah Omar dengan meletakkan rokok dan majalah lucah di dalam beg sekolah milik Omar ketika pada waktu rehat.
   
   Naime berasa marah dengan sikap Omar dan terus memutuskan hubungan mereka tanpa usul periksa. Namun demikian, akhirnya penipuan Alan terbongkar apabila Zali yang mempunyai sifat-sifat seorang penyiasat menyiasat perkara sebenar.
   
   Dalam kekalutan ini, Hanisah hadir dalam hidup Omar mengubat luka yang kian parah dan semakin berdarah. Hanisah kembalikan semangatnya untuk meneruskan pelajaran dan menduduki SPM. Fitnah itu berlaku pada awal tahun persekolahan. 
   
   Namun, kes itu di tutup kerana ingin menjaga nama baik pengetua. Alan adalah anak pengetua sekolah. Dan perkara ini hanya diketahui oleh para guru, Zali, Alan, Omar dan Nurul. Nurul mendapat tahu apabila Omar mengadu kepadanya. Tidak adil, tetapi inilah realitinya. Masyarakat kini mementingkan kedudukan dan pangkat.
   
   “Omar sabar ya. Ingat, setiap berlaku ada hikmahnya. Aku tahu kau kuat.” Zali cuba menenangkan sahabat baiknya itu.
   
   *   *   *
  
  Tujuh tahun kemudian..
  
  Suasana Dewan Prima, dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau riuh dengan suara-suara bekas pelajar sekolah itu. Pelajar 5 Utarid dan Zuhrah. Reunion, perjumpaan semula selepas 10 tahun tidak bersua muka. Masing-masing melepaskan rindu dan bertukar-tukar cerita.
  
  Majlis telah bermula. Pengacara majlis,Azmira pelajar yang paling banyak mulut sedang mengucapkan kata-kata aluan. Semua hadirin telah pun duduk di tempat duduk masing-masing.
  
  “Assalamualaikum...” seorang lelaki masuk ke dalam dewan dengan mendukung seorang budak lelaki. Semua mata tertumpu pada pintu dewan.
  
  “Kau Omar, tak pernah on time datang sekolah. Tak pernah berubah.” Azmira memerli Omar yang baru saja sampai mengundang ketawa seisi dewan.
  
  “Sorry la.. Pergi klinik dulu tadi, wifey aku tak sihat, ” Omar menjelaskan segalanya.
  Omar dan keluarga terus mengambil tempat duduk di meja yang telah ditetapkan. Dan majlis di teruskan. Sepanjang majlis, gelak ketawa menghiasi majlis, kenangan dan memori-memori lama disingkap kembali.
  
  “Wah.. Omar, Nurul, boleh tahan korang berdua ni.” Nadzmi mengusik ketika jamuan dimulakan selepas beberapa aktiviti dijalankan.
  
  Reunion ini akan berlangsung selama empat hari tiga malam. Hari pertama mereka berkumpul disekolah dan menjalankan beberapa aktiviti. Seterusnya,mereka akan berkonvoi ke Puteri Resort,Port Dikson.
  
  “Kenapa pulak?” Nurul yang sering dengan sifat blurnya bertanya, manakala Omar sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk seolah memahami apa yang cuba di sampaikan oleh Nadzmi.
  “Kahwin baru empat tahun, anak pun masuk dua. Dua tahun sekali buat anak” Zudin menjawab pertanyaan Nurul.
  
  “Rezeki Allah bagi... Abang, nak apa-apa tak, sayang nak pergi ambil makanan.” Nurul ingin bangun mengambil makanan kerana ingin lari dari kumpulan itu dek malu dengan usikan mereka.
  
  Keluarga Nurul berpindah ke kampungnya di Johor kerana memang itu perancangan keluarga sejak beberapa tahun sebelum itu. Sepatutnya ketika, Nurul naik ke Tingkatan 4 dia sekeluarga berpindah tetapi kerana alasan tertentu dia tetap bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau.
  
  Selepas keputusan SPM keluar, Nurul meneruskan pelajarannya ke Monash Univercity, Australia tanpa memberi tahu sesiapa kecuali dua sahabat baiknya, Suhaili dan Azura. Namun, dia menyuruh mereka merahsiakan perkara ini untuk dia melupakan rasa cintanya terhadap Omar.
  
  “Tak apa, sayang duduk dulu, abang ambilkan. Sayang nak apa?” Omar dengan segera bangkit dan menghalang isterinya dengan memeluk isterinya dan menolak isterinya kembali duduk.
  
  “Amboi... Romantiknya. Tak sangka aku Omar ni romantik jugak orangnya.” Azmira yang baru sahaja duduk bersama mereka turut menyakat.
  
  Mereka semua seolah-olah sepakat menyakat pasangan itu. Sehinggakan muka Nurul yang tidak berapa nak putih itu jelas kelihatan merah seperti dia memakai pemerah pipi yang tebal kerana menahan malu.
  
  Nurul dan Omar akhirnya bersatu. Itulah, ada jodoh antara mereka berdua. Berbeza dan terpisah tetapi akhirnya Allah aturkan dengan cantik sekali pertemuan semula mereka berdua. Itukan janji Allah. Sekiranya itu jodoh kita, Allah akan datangkan tepat pada waktunya, tidak lambat dan tidak akan cepat.
   
  Pertemuan selepas itu sungguh ironik. Nurul terlanggar motorsikal berkuasa tinggi kesayangan Omar di sebuah pusat beli-belah. Pada awalnya, Omar tidak mengenali Nurul kerana Nurul banyak berubah. Namun, apabila, pertemuan demi pertemuan Omar mulai kenali Nurul melalui tingkah-laku Nurul.
  
  Walaupun, banyak kali, Nurul cuba melarikan diri tetapi akhirnya mereka tetap akan bertemu. Pernah sekali, mereka berdua berebut coklat Toblerone yang sama, coklat kegemaran mereka berdua. Setiap kali, Omar menikmati coklat tersebut, dia akan teringat akan Nurul yang telah jauh di mata. 
  
  Omar betul-betul tahu itu adalah insan yang selama ini dia cari. Ketika itu, Nurul tergelincir jatuh di pintu masuk hospital dan Omar cuba membantu lalu dia terlihat parut yang terdapat diwajah Nurul dan terdapat gambar mereka berdua di dalam dompet Nurul yang terbuka dan berselerakan bersama barangan lain.
  
  Dan baru, Omar tersedar, Nurul adalah orang yang sering ibunya sebut. Hal ini demikian, pernah sekali, ibu Omar, Puan Norlie dimasukkan ke hospital. Satu hari, ketika Puan Norlie sedang berjalan sekitar hospital, dia hampir pitam dan Nurul adalah insan yang membantu Puan Norlie.
  
  Sejak dari itu, Nurul sering datang melawat Puan Norlie di wad selepas waktu bekerja atau mereka akan makan bersama hasil tangan Nurul dan selepas keluar. Nurul atau nama penuhnya Nurul Nadhirah Noor Halim memperkenalkan diri sebagai Dhira kepada Puan Norlie. Oleh itu, Omar tidak tahu siapakah insan yang sering melawat ibunya walaupun ibunya sudah keluar wad.
  
  Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Sebenarnya, ada rasa cinta antara Omar dan Nurul cuma Omar menafikan rasa itu dengan menyatakan dengan kerasnya bahawa dia mencintai Hanisah. Nurul sebenarnya melanjutkan pelajarannya ke Australia dalam jurusan farmasi dan di sana dia cuba melupakan Omar. Tetapi seperti sebelum ini, gagal.
  
  Apabila diimbas segalanya kembali, sebenarnya memang benar kata-kata Nurul sebelum ini. Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi dan pelangi akan hadir selepas kita tempuhi ribut.
  
  Ingat, akan ada bahagia buat semua insan. Kerana,sebenarnya, kita akan kecapi bahagia pabila kita redha. Nurul, yakin pada Qada’ Qadar Allah dan kini, akhirnya dia bahagia. 
  
    Kita tak akan dapat melawan takdir Allah. Dia kata ‘Kun Fa Ya Kun”, ‘jadilah maka , jadilah”. Tiada apa yang boleh menghalang. Dia menyusun segalanya dengan baik sekali. Kita cuma perlu bersabar dan teruskan kehidupan dengan berpegang padaNYA.

TAMAT

~ BLACKROSE             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan