Selasa, 6 Oktober 2015

CERPEN - TERLERAINYA JANJI


      "Abang!"

      "Hani! Sayang!"

      "Haish abang ni, Hani nak tanya ni. Boleh?"

      "Hah? Silakan Hani. Apakah soalannya tuan puteri?"

      "Semalam Hani nampak abang berdua dengan sorang budak perempuan dalam perpustakaan. Siapa tu ?"

      "Ohhh.. Itukan kawan sekelas abang. Semalam abang ada perbincangan berkumpulan yang sepatutnya berempat. Tapi semalam, dua lagi makhluk Allah tu entah kemana hilangnya. Maka dengan itu, berdualah kami. Kenapa? Cemburu ke?" Azim yang selamba orangnya berkata selamba dengan muka seperti kerang busuk

      "Ohhh. Eh, taklah, mana ada !"

      Pipi Hani mula menunjukkan kemerahan. Kulitnya yang putih kemerahan lebih mudah menampakkan pipinya sedang memerah seolah memakai blusher. Hani terus menyusun langkah untuk beredar dengan kepala tertunduk kerana malu dengan soalan yang diajukan sebentar tadi.

      "Hani.. Abang faham, tak apa, dua tahun selepas Hani tamat SPM kita jumpa balik ye.."

      Azim melemparkan senyuman selamba ketika berkata demikian. hani terhenti dan berpaling lalu memberi senyuman yang manis bersama pipi yang masih kemerahan. Azim pasti senyuman yang diberikan itu menandakan gadis itu faham apa yang cuba dia sampaikan.

* * * *

      Zali yang baru saja membacuh secawan kopi untuk santapan waktu rehatnya, terperasan Azim seperti terkaku di meja kerjanya. Azim kelihatan seperti teringatkan sesuatu. Zali minum sedikit kopi yang dibancuh suam dan meletakkan cawan kopi itu diatas meja kerja  lalu berjalan perlahan-lahan ke arah Azim dari belakang umpama harimau yang mahu menerkam mangsanya..

      Dilihat Azim kelihatan gembira tetapi seperti kurang siuman pun ada juga, menyengih sorang-sorang. Macam Charlie yang selalu meminta orang rokok.

      "Hargh!"

      "Haiyargh!"

      Dush !

     "Adoi! Woi kau apa hal?"

     "Kaulah apa hal. Yang kau sergah aku kenapa? Dah tak reti bagi salam? Islam betul kau.. Kan dah kena sebijik! Nasib sebijik je."

     "Hehehe. maafkan aku. Assalamualaikum abe Azim. Termenung jauh nampak? Kenapa?" kata Zali sambil menggosok perutnya yang ditumbuk Azim akibat sergahannya sebentar tadi.

      "Eh, mana ada aku termenung. Cuma merehatkan fikiran sekejap selepas aku selesai kerja ni. Yang kau ni kacau aku, dah tak ada kerja ke?"

      "Kerja aku dah siaplah. Lagipun sekarang dah masuk lunch hourlah kawan. Aku rasakan Zim, kau teringat someonelah."Zali membalas dengan selamba sambil membuat muka. Azim pula berasa sedikit cemas dengan kata-kata Zali yang sememang 100% benar lagi tepat.

        Bagi Azim, Zali ni seorang yang agak busybody. Akan tetapi dalam Zali ini banyak menyibuk, dia boleh dibawa ke tepi, ke tengah, ke atas, ke bawah, senang cerita semua arahlah. Zali ni seorang yang serba boleh. Dia bukanlah rakan biasa, dialah rakan ketawa, rakan menangis dan tempat bertukar cerita.

      "Macam mana kau tahu ni? Tak bolehlah menipu kau."

       "Azim. Azim. Azim. Aku kenal kau bukan baru semalam, bukan hari ni, bukan pagi tadi, bukan sejam lalu, bukan beberapa minit yang lalu malah bukan beberapa saat yang lalu, tapi aku dah kenal kau bertahun. Sejak tingkatan tiga sekolah menengah lagi. By the way, kau teringat budak tu kan?"

      "Pandai kau teka. Nanti ambil chocki-chocki sebagai hadiah ye. Kau ni raja nujumlah, tapi bab lain macam Nujum Pak Belalang, kaki loyar buruk. Hak tui!" Azim menyakat Zali. Agak kasar gurauan mereka, namun bagi mereka kaum adam tiada masalah dengan gurauan kasar begitu. Mereka berdua ketawa, berdekah-dekah seperti dunia ini mereka yang punya.

      "Sebagai nujum bak kata kau. Macam mana korang berdua kenal. kau tak prnah cerita pada aku pun".

      "Bukan kau dah tahu ke?"

      "Eh, iya ka? Aku lupalah. Kau ceritalah balik."

       Nampak wajah Zali agak beriya-iya di situ. "Hey, penyibuk tegar betul la. Silap hari bulan jadual harian aku pun kau tahu".

       "Itu perkara biasa. You are my friend buddy."

       "Kau nak aku ceritalah ni?"

        "Of course my friend!"

* * * *

        Seperti biasa, waktu rehat Azim akan membeli burger dan minum air kosong yang dibawa dari rumah. Memang itu rutinnya setiap hari. tanpa jelik, tanpa jemu.

         Selalunya dia berdua bersma Zali, tetap malang Zali menghadiri Kem Kadet Polis Peringkat Negeri dan akan balik keesokkan harinya. maka, Azim keseorangan.

        "Kak, burger satu......."

        "Macam biasa?"

        Belum sempat Azim menghabiskan kata-katanya, Akak pembuat burger itu telah memotong terlebih dahulu.

       "Eh, tak. Hari ni special sikit. Baru dapat duit kutu. Jadi, saya nak burger daging tambah benjo. Sos lebih . Kasih sayang pun kasik lebih. Hehehe."

       "Burger daging special sos lebih siap."

        Selesai makan, Azim terasa kelainan pada bahagian perutnya. Kemudian, Azim mencari rakan sekelasnya untuk memberi tahu dia akan masuk lewat sedikit kerana ingin melabur di tandas sekejap. Seperti lipas kudung Azim berjalan mencari rakannya. kebetulan Alan ada berdekatan.

        "Lan, Lan, Lan!"

        "Hah, apohal eh?"

        "Kau tak payah berloghat sangat. Kecemasan ni, tolong aku. Bagi tau cikgu aku masuk lambat sikit, nak pergi 'bank' ya!"

        "Baiklah.. peluang baik ni.."

        "Apa kau bilang?"

        "Aku bilang baiklah pekak."

        "Hah.. Okey.Okey Sorry. Aku pergi dulu."

         Sesudah sahaja menyelesaikan urusannya melabur di bank sekolah. Dia bersyukur kerana tiada perkara buruk yang berlaku dan semua berjalan lancar. Semasa berjalan ke kelas, dia berasa hairan kerana selalunya kelasnya sedikit bising walaupun guru matematiknya yang tegas lagi garang itu berada di dalam kelasnta. Tetapi hal ini senyap seperti tanah perkuburan. Mungkin guru ganti masuk ialah guru disiplin, yang garang dan tegasnya maha hebat, usik Azim dalam hati.

       Sampai sahaja dihadapn pintu kelas, dia terpaku sebentar kerana kerana guru matematik dan guru disiplin, kedua-duanya berada di dalam kelas bersama beberapa orang pengawas sekolah dan salah seorangnya ialah Nera. Mereka memeriksa  dan menyelongkar setiap penjuru dan beg yang ada di dalam kelas. Pelajar lelaki diminta berdiri di belakang kelas manakala pelar perempuan dibahagian hadapan.

        Azim terus masuk ke kelas dengan memberi salam dan turut menyertai rakan-rakan lelaki di belakang kelas. tenang sahaja Azim kerana tiada apa yang perlu dirisaukan kerana tiada kesalahan yang dilakukannya. Tiba-tiba, Nera membawa beg Azim kepada Cikgu Azran, selaku guru disiplin. Azim tiba-tiba menjadi gugup di belakang kelas dan berasa tidak sedap hati/

       "MIlik siapa beg ini?

        Seisi kelas mula berbisik, "Eh, itu beg Azim.."

       "Beg saya cikgu."

        "Beg kamu ya?"

       "Kenapa cikgu? Lawakan beg sekolah saya?"

       "memang lawa. isinya pun lawa. ini yang kamu bawa pergi sekolah?!"

       "Apakah?"

       Seluruh kelas terperanjat... "Iyeke itu Azim punya?...."

       "Huh? Saya tak buat cikgu"

      "Abis tu, bagaimana dua benda yang lawa ini ada dalam beg kamu? Ada kaki? Jalan sendiri?"

       "Mana saya tahu!"

      Pang!

      Seisi kelas tergamam dengan bunyi tersebut, cap lima jari. Cap yang hinggap pada pipi Azim membuatkan kepala Azim terpesong daripada kedudukan asal. teras panas pipinya dan kesan merah mula terbentuk.

      Azim terketar menahan sakit dan maludituduh sedemikian, ditambah semuanya berlaku dihadapan Nera. Dalam kesakitan, Azim cuba mendapat ketenangan dengan memandang Nera, tetapi dia pandang penuh hina dan rasa kebencian yang meluap.

      Sudahlah jatuh ditimpa tangga pula malah kaca terhempas ke batu. Terdiam seribu bahasa Azim dibuatnya. Pada siapa dia akan meminta bantuan kerana sahabatnya yang selalu mempercayainya, Zali tiada. Di dalam hati Azim hanya mampu berdoa kepadaNya supaya di dilindungi. Sesungguhnya doa itu senjata orang Islam. 

      "Azim! Kami ikut saya ke pejabat  sekarangQ bawa beg kamu yang lawa ini serta barang-barang yang lawa ni sekali. Kita pergi pejabat ambil surat percutian kamu."

      Mata Azim mulai berkaca, mahu sahaja dia meraung menagis disitu. namun Azim hanya tertunduk membontoti Cikgu Azran. Sempat juga Azim melihat rakan-rakan sekelasnya. Ada yang terperanjat, ada terkaku, ada yang kelihatan cuba membantu tetapi tak sampai dan ... ada seorang yang tersenyum sinis.

      Sampai saha di pejabat, Azim diceramah oleh pengetua dan guru-guru lain. Apabila dia cuba membuka mulut, dikatakan melawan. Ikutkan hati, ingin sahaja diam mengambil tindakan luar jangkaan tetapi memikirkan peperiksaan SPM yang semakin hampir, dia hanya diam mendengar.

* * * *

      Seperti biasa, selepas sekolah, Azim akan duduk di sebuah bangku dibawah sebatang pokok yang rendang di dataran berdekatan sekolah untuk menunggu nera. Lama Azim menunggu Nera hari ini. Selalunya janrang nera lambat seperti ini.

      Beberapa minit kemudian, kelihatan nera berjalan bersama seorang lelaki. Susuk tubuh lelaki seperti biasa dilihat. Lelaki itu itu berhenti dan berteduh bi bawah sebatang pokok yang agak jauh dari tempatnya. Nera mula dekati Azim yang sedang menanti.

      "Awal betul awak sampai hari ni."

     "Peduli apa aku!"

     "Eh, kenapa kasar sangat bahasa awak ni?"

     "Hei, jantan. Aku tak kisahlah kasar ke, lembut ke. Aku datang cuma nak cakap hubungan kita sampai setakat ini sahaja!"

    "Kenapa? Kenapa tiba-tiba?"

    "Dahlah, tak payah berlakon lagi. Hal tadi dan cukup menunjukkan yang kau ni jantan tak guna! Cakap tak serupa bikin! Betullah cakap Alan."

     "Cakap?"

     "Semestinyalah aku percaya. Tak mungkin benda tu jalan sendiri masuk dalam beg kau kan? Batul apa yang Alan cakao. Mula-mula aku tak percaya tapi apa yang berlaku hari ni dah cukup membuktikan segalanya."

      "Oh, begitu ke.. Tak mengapalah. Awak teruskanlah dengan apa yang awak percaya."

      "Dah, kau boleh blah. Aku tak nak tengok muka kau lagi!." Nera berjalan pergi pergi bersma lelaki yang bersamanya tadi. Lelaki itu adalah rakan kelasnya sendiri, Alan.

* * * *

       "Haish, apa aku nak cakap kat nenek ni? Ermm, arr, nenek Azim dapat cuti seminggu nenek. Ermm, arr, nenek,Azim kena gantung sekolah seminggu" Azim mengomel sendirian ketika berjalan pulang, cuba memikirkan ayat yang paling sesuai untuk memberi tahu perkara ini.

       Azim dibesarkan di kampung oleh nenek dan datuknya. Ibu bapanya meninggalkannya di kampung kerana kesuntukan masa kerana kedua-duanya bekerja. maka datuk dan neneknya sahaja tempat dia meluahkan apa yang berbuku dihati.

       "Assalamualaikum..." samapai sahaja di rumah Azim membuka kasut dan memberi salam.

      "Waalaikumussalam" jawab datuk, neneknya serentak.

      "Eh. awal kamu balik hari ni cu?" tanya nenek prihatin.

      "Ye ke nek? Azim rasa Azim balik macam biasa je."

      "Azim tak perlu nak tipu nene, selalu kamu tu jumpa Nera dulu sebelum balik ke rumah. Lepas satu jam habis waktu sekolah baru nampak muka."

      "Nenek ni masak betul dengan jadula azimkan?"

      "Aik, kamu tu cucu kesayangan nenek, mestilah."

      "Nenek.... Atuk..."

      "ya, apa dia Azim?"

      "Azim kena gantung sekolah seminggu."Kata Azim lalu menghulurkan notis pergantungan kepada neneknya. mata Azim mulai berkaca.

     "Kenapa?" serentak datuk neneknya bertanya.

      "Tadi, ada spot-check, guru disiplin jumpa majalah lucah dan rokok dalam beg Azim.. Tapi, tok nek..." Azim mula teresak. "Azim tak buat semua tu. Azim balik aje dari tandas, tau-tau dah ada dalam beg Azim. Percayalah. Atuk nenek percaya Azimkan? Nera.. dia percaya dengan fitnah ni..." Azim menceritakan apa yang berlaku sambil hujanya turun dengan lebatnya.

     "Tak mengapalah Azim.. Atok nenek percaya kamu. Kami yang besarkan kamu. Kami tahu kau tak macam tu walaupun kamu ni nakal." kata datuk dan nenek Azim memahami.

      Mereka tidak menyalahkan Azim sepenuhnya malah mereka memberikan semngat kepadanya agar tidak terus putus asa atas apa yang berlaku anatara dia dan nera dan terus bersemangat untuk belajar.

     Zali yang pada awalnya tidak mengetahui apa-apa, akhirnya mendapat tahu hasil daripada kebolehan menyiasatnya yang diperoleh daripada ibunya yang merupakan seorang pegawai polis. Rupanya Alan lah yang bertanggungjawab atas apa yg berlaku ke atas Azim. Alam mencemburui Azim yang mendampingi Nera yang jarang menerima lelaki dalam hidupnya.

      Setelah cutinya dipendekkan, akhirnya dia bersekolah seperti biasa tetapi dapat dilihat, semangatnya untuk belajar seolah-olah hilang seperti hilangnya MH370 tanpa dikesan. Hanya jasad yang hadir ke sekolah tetapi fikirannya jauh melayang entah kemana.

* * * *

     "Weyh, Azim, kau ingat tak hari ni berapa hari bulan?" tanya Zali tiba-tiba ketika merka bersam-sama menikmati maggi sambil menonton televisyen.

     "Ermmm. hari khamis. Kenapa dengan hari khamis ni?" Azim masih khusyuk menikmati magginya dan acuh tak acuk sahaja dengan persoalan sahabatnya itu.

     "7 Febuari..."

     "Hani ! Dah lepas sua tahun dia...! Genap janji aku dengan dia minggu depan.." kata Azim memotong percakapan Zali yang baru sahaja bersemangat hendak memberitahu.

    "So? kau nak pergi dan berharap dia masih menunggu kau?" tanya Zali mengambil berat.

      "Aku tetap akan pergi walaupun harapan senipis kulit bawang. Aku masih ingat macam mana dia bawa balik semangat aku yang hilang sebab peristiwa rokok dengan majalah lucah tu yang menyebabkan Nera sampai akhir bencikan aku walaupun semua tahu aku tak salah. Aku akan tetap hadapi sebarang kemungkinan yang terjadi. So that, aku bali rumah atuk nenek minggu depan. Kau nak ikut?" kata Azim penuh pengharapan.

      "Jangan terlalu berharap, nanti sakit lebih mendalam." kata Zali sambil menepuk bahu sahabatnya lalu ke dapur.

* * * *

     Hani, Nur Hanis Zafira Zainal. eorang pelajar junior yang dikenali secara tidak sengaja ketika Azim hilang rasa untuk terus belajar selepas kes itu. Gadis inilah yang memberi Azim harapan untuk terus belajar. Akhirnya dia kini bekerja sambil belajar dan menetap bersama Zali. Dialah Hani. Gadis pendiam dan baik hati tetapi tegas orangnya.

     "Assalamualaikum.. Atuk ! Nenek ! Azim balik ni," Azim terus masuk kerumah sejurus sampai ke tempat dia membesar ketika kedua orang tuanya sibuk mengejar urusan dunia.

     "Waalaikumusalam.... Nenek kat dapur ni!"jerit Nek Jah, nenek Azim dari dapur yang masih cergas untuk bergerak walaupun usia semakin meningkat.

      "Atuk mana nek? Biasanya ada kat depan main dengan kucing dia tu. Tak ada pun." soal Azim sambil meratah ayam goreng yang neneknya masak buat juadah makan tengahari.

     "Oh, atuk pergi tolong Pak Cik Zainal kamu yang nak sambut menantu. Anak dia, si Hani tu kahwin esok malam. Kahwin muda, katanya biarlah ada yang menjaga dia masa kat Mesir sana. Sebelum ni dia selalu diusik pak Arab. Almaklumlah, diakan manis orangnya."balas Nek Jah panjang lebar sambil mengemas dapur.

     Hampir tercekik Azim apabila mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh neneknya. hatinya dipagut sayu kerana harapan yang disimpan bertahun lama akhirnya hancur berkecai. Hatinya dirobek seribu. Tidak dia menyangka pengakhiran cerita dia dan Hani begini.

     Azim yakin Allah maha Adil. Pujangga ada berkata : Allah's plans are better than our dreams. Mungkin impian kita akan membawa keburukan dalam diri kita dan Dia telah aturkan segalanya. Ajal, maut, pertemuan, perpisahan, jodoh segalanya ditangan Yang Maha Esa.



TAMAT



    
p/s:  cerpen adalah kolaborasi saya dengan seorang lagi sahabat. thank you



~BLACKROSE          













































Tiada ulasan:

Catat Ulasan